Marquez bangkit menang perlumbaan pecut di GP Jerman

Marquez bangkit menang perlumbaan pecut di GP Jerman

MARC Marquez meraikan kejayaan selepas memenangi perlumbaan pecut Grand Prix motosikal MotoGP Jerman di litar perlumbaan Sachsenring di Hohenstein-Ernstthal, hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SACHSENRING : Marc Marquez membuktikan ketangguhan mental apabila bangkit daripada kesilapan awal untuk menjuarai perlumbaan pecut MotoGP Jerman di Sachsenring, tengah malam tadi.

Pelumba pasukan Ducati itu bermula di petak utama tetapi melebar di selekoh pertama sebelum jatuh ke kedudukan kelima.

“Saya buat kesilapan masa keluar dari selekoh pertama, kemudian hilang beberapa posisi, tapi perlahan-lahan saya dapat semula rentak. Saya gembira.

“Saya harap esok akan lebih baik, tapi hari ini memang menakjubkan,” kata Marquez.

Marco Bezzecchi dari Aprilia mendahului sebahagian besar perlumbaan sebelum dipintas Marquez pada pusingan terakhir.

Franco Morbidelli mengalami kemalangan ngeri apabila terpelanting keluar dari motosikalnya sebelum mendarat di kawasan keselamatan berbatu.

Keputusan itu memberi kelebihan 10 mata kepada Marquez berbanding adik kandungnya, Alex Marquez yang menamatkan perlumbaan di tempat kelapan.

Kemenangan itu juga merupakan kejayaan ke-10 daripada 11 perlumbaan pecut yang dimenangi Marquez musim ini, sekali gus mengukuhkan cengkamannya di persada kejuaraan dunia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN