Malaysia benam Thailand 2-0

Malaysia benam Thailand 2-0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad kuadran lelaki negara melakar kejutan manis apabila membenam tuan rumah, Thailand 2-0 dalam aksi kedua Kumpulan B Kejohanan Sepak Takraw Piala Raja Thai 2025.

Dalam pertembungan sengit di Central Hatyai, Songkhla, barisan pemain negara yang diketuai Aidil Aiman Azwawi bersama Norfaizzul Abd Razak, Muhammad Afifuddin Mohd Razali dan Muhammad Shahalril Aiman Halim tampil cemerlang menundukkan musuh tradisi dengan keputusan straight set 15-13, 17-16.

Thailand yang dibarisi pemain berpengalaman seperti Rachan Viphan, Kritsanapong Nontakote, Sankhai Daoreang dan Seksan Tubtong nyata gagal menyaingi kekuatan regu negara, meskipun cuba bangkit pada penghujung set pertama.

Malaysia berjaya mengekang kebangkitan itu untuk menamatkan set pertama dengan kemenangan 15-13.

Memasuki set kedua, tuan rumah kembali memberi tentangan hebat, namun ketenangan anak buah Zulkarnain Mohd Ariff menjadi kunci kejayaan apabila berjaya menoktahkan perlawanan dengan kemenangan 17-16.

Kemenangan itu meletakkan Malaysia di kedudukan selesa untuk ke separuh akhir, biarpun masih berbaki dua aksi kumpulan menentang Korea Selatan dan Singapura.

Sebelum ini, skuad negara Berjaya membenam Myanmar 2-1 dalam aksi pertama kumpulan B-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN