Liverpool abadikan Jota sebagai wira selamanya

Liverpool abadikan Jota sebagai wira selamanya

PENYERANG Liverpool, Mohamed Salah (tengah) dan pertahanan Virgil van Dijk (dua dari kanan) bersama rakan sepasukan memuji penyokong selepas perlawanan bola sepak pramusim persahabatan antara Preston North End dan Liverpool di stadium Deepdale, Preston, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PRESTON: Diogo Jota disanjung sebagai seorang ‘juara sejati’ oleh pengendali Liverpool, Arne Slot ketika kelab itu kembali beraksi buat kali pertama sejak kematian tragis pemain Portugal itu, malam tadi.

Jota, 28, maut bersama abangnya, Andre Silva dalam kemalangan ngeri apabila kereta mereka terbabas dan terbakar di utara Sepanyol pada 3 Julai lalu, hanya 11 hari selepas dia berkahwin dengan kekasih lamanya, Rute Cardoso.

Seluruh Stadium Deepdale bertafakur seminit, lagu keramat ‘You’ll Never Walk Alone’ berkumandang, sementara kapten Preston, Ben Whiteman meletakkan kalungan bunga di depan penyokong pelawat dalam suasana pilu.

“Saya rasa apa yang paling beri ketenangan ialah dalam sebulan terakhir hidupnya, Jota adalah juara dalam segala hal.

“Dia juara untuk keluarganya kerana baru berkahwin, juara untuk negaranya kerana memenangi Nations League, dan juara untuk kami selepas menjulang Liga Perdana,” kata Slot

Mohamed Salah mengetuai kesebelasan utama Liverpool selaku kapten manakala Virgil van Dijk dan Andy Robertson turut hadir memberi penghormatan walaupun tidak bermain.

Laungan lagu khas Jota yang mengangkatnya ‘lebih hebat daripada Figo’ bergema dari penyokong The Reds, manakala bendera bertulis ‘forever our number 20’ jelas kelihatan di segenap penjuru.

Liverpool turut mengumumkan akan memadam jersi No. 20 sebagai penghormatan terakhir buat pemain dari Porto itu yang akan terus hidup dalam kenangan seluruh keluarga Anfield. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN