Lelaki Pakistan meninggal dunia dihempap pokok tumbang

Lelaki Pakistan meninggal dunia dihempap pokok tumbang

ANGGOTA bomba mengalihkan pokok yang tumbang hingga menyebabkan seorang warga Pakistan maut di Kampung Penat , Mukah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUKAH: Seorang lelaki warga Pakistan meninggal dunia selepas dihempap pokok tumbang, ketika menunggang motosikal di Kampung Penat di sini, malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, dalam kejadian yang dilaporkan kira-kira pukul 9.04 malam itu, mangsa Muhammad Ishaq, 43, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah yang tiba di lokasi kejadian bertindak memotong pokok berkenaan dan mengalihkan mangsa ke tempat yang selamat,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menambah mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Katanya, operasi ditamatkan setelah selesai memotong dan membersihkan dahan pokok tumbang berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN