Koperasi SMK RPS Betau pupuk keusahawanan pelajar

Koperasi SMK RPS Betau pupuk keusahawanan pelajar

ABDUL Fattah Abdullah menyantuni pelajar selepas merasmikan Koperasi SMK RPS Betau Berhad baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Betau Berhad bakal menjadi model unggul pembangunan ekonomi komuniti Orang Asli di peringkat sekolah dan luar bandar menerusi penghasilan produk berasaskan alam semula jadi, etnik dan budaya.

Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah ketika merasmikan pembukaan koperasi berkenaan berkata, ia merupakan koperasi pelajar pertama negara yang dimiliki sepenuhnya oleh komuniti Orang Asli suku Semai.

Beliau berkata, koperasi berkenaan mampu mengangkat potensi pelajar dalam bidang keusahawanan sekali gus memperkenalkan warisan komuniti kepada golongan sasar. Koperasi tersebut ditubuhkan pada 22 Disember 2023 hasil Inisiatif sekolah berkenaan yang kini menjadi perintis kepada niaga yang memberi manfaat kepada sekolah dan komuniti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN