Kim cipta kejutan rangkul kejuaraan utama pertama

Kim cipta kejutan rangkul kejuaraan utama pertama

GRACE Kim memegang trofi selepas kemenangannya di lubang playoff pertama selepas pusingan akhir Kejohanan Evian di Kelab Golf Evian Resort, Evian-Les-Bains, Perancis, hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

EVIAN: Grace Kim dari Australia mencipta kejutan apabila menewaskan Jeeno Thitikul dari Thailand dalam aksi play-off untuk memenangi Kejohanan Evian, sekali gus merangkul gelaran utama pertamanya.

Kim, 24, memaksa play-off selepas melakukan eagle di lubang ke-18, sebelum mengulangi keajaiban sama di lubang tambahan kedua untuk mengesahkan kemenangan.

Dia turut melakukan chip birdie luar biasa selepas bola keduanya masuk ke dalam air pada lubang play-off pertama, yang turut disamakan Thitikul dengan birdie.

Kemenangan itu menyaksikan Kim membawa pulang AS$1.2 juta (RM5.6 juta) dan muncul juara major sulung ketiga berturut-turut di Evian selepas Ayaka Furue dan Celine Boutier.

Minjee Lee dari Australia dan pemain amatur England, Lottie Woad berkongsi tempat ketiga, manakala pemain nombor satu dunia, Nelly Korda sekadar menamatkan saingan 13 pukulan di belakang. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN