PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen di sini hari ini masih belum mengeluarkan keputusan kes pengabaian kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matin selepas peguam memfailkan hujahan tambahan pagi tadi. Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin meminta masa tambahan itu untuk meneliti hujahan yang dikemukakan sebelum prosiding pendengaran keputusan dimulakan. “Pihak pendakwaan baru sahaja menerima hujahan tambahan dari pihak peguam pagi tadi di mahkamah. Di dalam hujahan tersebut dimaklumkan beberapa isu…