Jun Hao gagal 'smash' pemain No.1 dunia

Jun Hao gagal ‘smash’ pemain No.1 dunia

LEONG Jun Hao tewas kepada pemain Thailand, Kunlavut Vitidsarn 21-23, 7-21 pada aksi pusingan kedua Terbuka China di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik, Changzhou, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain perseorangan lelaki No.1 negara, Leong Jun Hao gagal meneruskan kemaraan ke suku akhir selepas tewas kepada pilihan utama, Kunlavut Vitidsarn dalam aksi pusingan kedua Terbuka China, sebentar tadi.

Pertarungan selama 48 minit di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik, Changzhou itu menyaksikan pemain No. 1 dunia dari Thailand itu menang 21-23, 7-21.

Jun Hao yang menghuni ranking ke-26 dunia memulakan set pertama dengan cukup bertenaga dan memberi tentangan hebat sebelum akur tewas tipis.

Aksi terganggu seketika apabila lutut kanan Jun Hao mengalami luka akibat terjatuh ketika cuba menyelamatkan serangan pada kedudukan 11-7.

Insiden itu bagaimanapun tidak mengganggu rentak Kunlavut yang kekal konsisten dan tenang sepanjang permainan.

Memasuki set kedua, pemain Thailand itu dilihat semakin mendominasi apabila berjaya membaca corak permainan Jun Hao dengan mudah.

Kunlavut akan menentang pemenang antara wakil Taiwan, Chou Tien Chen dan pemain India, H.S. Prannoy di suku akhir esok.

Jun Hao sebelum ini pernah tewas kepada Kunlavut di suku akhir Terbuka Singapura, yang juga pencapaian terbaiknya musim ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN