Jam tangan mewah Messi bernilai RM8.5 juta

Jam tangan mewah Messi bernilai RM8.5 juta

BINTANG Argentina, Lionel Messi dilihat memakai jam tangan mewah yang bernilai RM8.5 juta ketika menonton pasukannya beraksi pada Sabtu lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

FLORIDA: Lionel Messi dilihat mencuri tumpuan apabila memakai jam tangan mewah Rolex Daytona Barbie 2024 yang jarang ditemui semasa perlawanan Major League Soccer (MLS) MLS antara Inter Miami dan Cincinnati di Fort Lauderdale, Florida pada Sabtu lalu.

Bintang Argentina itu mengenakan jam tangan luar katalog tersebut yang padan dengan warna jersi Inter Miami dan dilaporkan bernilai lebih AS$2 juta (RM8.5 juta), menurut penjual semula Big Moe Watches.

Jam tangan itu diinspirasikan daripada fenomena ‘Barbie’ pada 2023 dan mempunyai rekaan mewah yang dihiasi dengan batu nilam merah jambu potongan baguette, bersesuaian dengan penanda waktu jam tersebut.

Ia menyerupai edisi Daytona ‘Beach’ berwarna merah jambu yang ikonik namun dengan sentuhan ‘Barbie’ yang unik.

Rolex Daytona Barbie sangat jarang ditemui kerana ia dikeluarkan secara eksklusif malah jam tangan ini adalah hasil rekaan luar katalog, yang dihasilkan khas untuk pelanggan berprestij seperti Messi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN