SPA-FRANCORCHAMPS: Oscar Piastri membuktikan kehebatannya dalam aksi hujan lebat apabila menjuarai Grand Prix (GP) Belgium 2025 yang penuh drama selepas menewaskan rakan sepasukan McLaren, Lando Norris, sebentar tadi.
Perlumbaan tertangguh hampir sejam setengah akibat hujan lebat dan jarak penglihatan yang terhad sebelum akhirnya dimulakan di belakang Safety Car pada jam 4.20 petang waktu tempatan (10.20 malam waktu Malaysia).
Piastri terus mencuri tumpuan apabila memotong Norris di Pusingan 5 dalam semburan air di Kemmel Straight, sekaligus menguasai perlumbaan hingga ke garisan penamat.
Kemenangan itu merupakan yang keenam buat Piastri musim ini dan membolehkan pelumba muda Australia itu melebarkan jurang pendahulu kejuaraan kepada 16 mata mengatasi Norris.
Charles Leclerc memastikan podium buat Ferrari selepas mengetepikan asakan awal Max Verstappen untuk menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.
George Russell pula meraih tempat kelima buat Mercedes, manakala Alex Albon mencuri tumpuan apabila mengekang kebangkitan Lewis Hamilton untuk membawa pulang kedudukan keenam buat Williams.
Hamilton yang bermula dari lorong pit selepas sesi kelayakan hambar, mempamer pemanduan agresif dengan siri pemotongan hebat untuk mengakhiri saingan di tangga ketujuh.
Liam Lawson (Racing Bulls), Gabriel Bortoleto (Sauber) dan Pierre Gasly (Alpine) melengkapkan senarai 10 pelumba terbaik dengan masing-masing membawa pulang mata berharga. – AGENSI
Keputusan Rasmi F1 GP Belgium 2025 (Spa-Francorchamps)
Jumlah Pusingan: 44
Pos | Pemandu | Negara | Pasukan | Jarak |
---|---|---|---|---|
1 | Oscar Piastri | AUS | McLaren F1 Team | 44 laps (Juara) |
2 | Lando Norris | GBR | McLaren F1 Team | +3.415s |
3 | Charles Leclerc | MON | Scuderia Ferrari HP | +20.185s |
4 | Max Verstappen | NED | Oracle Red Bull Racing | +21.731s |
5 | George Russell | GBR | Mercedes AMG Petronas F1 Team | +34.863s |
6 | Alex Albon | THA | Atlassian Williams Racing | +39.926s |
7 | Lewis Hamilton | GBR | Scuderia Ferrari HP | +40.679s |
8 | Liam Lawson | NZL | Visa Cash App Racing Bulls F1 Team | +52.033s |
9 | Gabriel Bortoleto | BRA | Stake F1 Team Kick Sauber | +56.434s |
10 | Pierre Gasly | FRA | BWT Alpine F1 Team | +72.714s |
11 | Oliver Bearman | GBR | MoneyGram Haas F1 Team | +73.145s |
12 | Nico Hulkenberg | GER | Stake F1 Team Kick Sauber | +73.628s |
13 | Yuki Tsunoda | JPN | Oracle Red Bull Racing | +75.395s |
14 | Lance Stroll | CAN | Aston Martin Aramco F1 Team | +79.831s |
15 | Esteban Ocon | FRA | MoneyGram Haas F1 Team | +86.063s |
16 | Kimi Antonelli | ITA | Mercedes AMG Petronas F1 Team | +86.721s |
17 | Fernando Alonso | ESP | Aston Martin Aramco F1 Team | +87.924s |
18 | Carlos Sainz | ESP | Atlassian Williams Racing | +92.024s |
19 | Franco Colapinto | ARG | BWT Alpine F1 Team | +95.250s |
20 | Isack Hadjar | FRA | Visa Cash App Racing Bulls F1 Team | +1 lap |