GWGF sumbang dana khas SMK Jengka Pusat

GWGF sumbang dana khas lonjak kecemerlangan SMK Jengka Pusat

ROZALI Ismail menyampaikan replika cek bernilai RM10,000 kepada pelajar terbaik SPM 2024, Adlin Maisarah Azhan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Seramai 68 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2024 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jengka Pusat di Jengka, Pahang menerima insentif khas wang tunai hasil sumbangan peribadi Presiden Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF), Tan Sri Dr. Rozali Ismail, baru-baru ini.

Sumbangan itu merupakan pengiktirafan terhadap pencapaian akademik luar biasa serta bukti sokongan moral bagi berkongsi kegembiraan dan menyemarakkan semangat juang anak-anak Felda yang berusaha menakluk menara gading.

“SMK Jengka Pusat bukan sahaja muncul antara sekolah Felda terbaik lebih lapan tahun berturut-turut dalam keputusan SPM, malah konsisten dalam kelompok 10 terbaik STPM seluruh negara,” katanya kepada Utusan Pelajar selepas menyampaikan Insentif Kecemerlangan SPM dan STPM 2024 dalam satu majlis di sekolah tersebut baru-baru ini.

Penerima insentif tertinggi ialah pelajar SPM, Adlin Maisarah Azhan yang meraih 9A+ (GPC 0.00) dan menerima RM10,000, diikuti Shamim Akasyah Mohd Fadzli Haizal dengan 8A+ 1A (GPC 0.11) menerima RM5,000, serta Nurul Hidayah Mohd Ariffin, 7A+ 1A 1A- (GPC 0.33) menerima RM3,000.

Ketiga-tiga mereka akan melanjutkan pengajian ke universiti terkemuka tanah air dalam bidang sains tulen dan asasi.

Bagi kategori STPM pula, tiga pelajar yang mencatat keputusan PNGK 4.00 turut menerima penghargaan tertinggi iaitu Intan Nurhidayah Ibrahim dengan keputusan (4A; 12A & 5A- keseluruhan semester, dan menerima

RM5,000, Nurilyana Nazira Abdul Rohim (4A; 14A, 2A-, 1B, RM3,000), dan Nurin Qistina binti Asri (4A; 13A, 3A-, 1B, RM2,000).

Adlin Maisarah yang melanjutkan pengajian ke Program Asasi Pintar, UKM pada 14 Julai lalu berkata, sumbangan tersebut menjadi inspirasi luar biasa buat dirinya dan rakan-rakan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN