FIFA nafi pindah ke Jakarta, kekal beroperasi di KL

FIFA nafi pindah ke Jakarta, kekal beroperasi di KL

PEJABAT FIFA di Kuala Lumpur yang kini beroperasi KL Eco City sejak awal 2018 akan terus beroperasi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menafikan khabar angin bahawa pejabat serantau mereka yang berada di Kuala Lumpur akan dipindahkan ke Jakarta.

Menurut sumber terdekat badan induk bola sepak dunia itu, ibu pejabat FIFA di Malaysia kekal beroperasi di KL Eco City, lokasi yang telah menjadi pusat operasinya sejak awal 2018.

“Pejabat FIFA di Kuala Lumpur tetap beroperasi seperti biasa dan tidak akan dipindahkan ke Jakarta. Dakwaan tersebut tidak berasas,” jelas sumber berkenaan.

Untuk makluman, pejabat pembangunan serantau FIFA di ibu negara merupakan sebahagian daripada inisiatif ‘FIFA Forward Programme’ dan kini diterajui oleh Pengarah Wilayah Asia-Oceania, Sanjeevan Balasingam.

Pejabat berkenaan, berperanan penting dalam menyokong pembangunan teknikal dan infrastruktur bola sepak di rantau Asia dan Oceania.

Ia melibatkan aspek penyediaan kontrak, pelaksanaan program pembangunan akar umbi, serta pemantauan projek bola sepak yang dibiayai oleh FIFA.

Penegasan FIFA ini secara tidak langsung menamatkan spekulasi yang tular ketika ini, selain mengekalkan Kuala Lumpur sebagai hab strategik dalam pelan pembangunan bola sepak antarabangsa.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN