Dr. S. Sri Kumar terima anugerah ‘Life Long Advocate Award’

Dr. S. Sri Kumar terima anugerah ‘Life Long Advocate Award’

Pengasas DHS Hospitality Academy Dr. S. Sri Kumar terima anugerah ‘Life Long Advocate Award’ di 28th World School Summit, Bangkok.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengasas DHS Hospitality Academy Dr. S. Sri Kumar melakar nama sebagai penerima ‘Life Long Advocate Award’ di 28th World School Summit yang berlangsung di Bangkok, semalam.

Anugerah berprestij tersebut disampaikan oleh reformis pendidikan terkenal, Sonam Wangchuk yang juga merupakan tetamu kehormat di sidang kemuncak itu.

Dedikasi Dr. Sri Kumar terhadap pembangunan hospitaliti sejak 20 tahun lalu mendapat pengiktirafan antarabangsa sekaligus menyaksikan usahanya telah membentuk latihan akademik dan profesional di kedua-dua universiti awam dan swasta di Malaysia.

Ia meletakkan asas untuk pembelajaran sepanjang hayat dan transformasi tenaga kerja dalam industri.

Menurut Dr. Sri Kumar, beliau bersyukur menerima anugerah bermakna ini yang bukan hanya untuk dirinya, tetapi lebih penting terhadap pendidikan dan sektor hospitaliti.

TROFI anugerah ‘Life Long Advocate Award’.

“Anugerah ini adalah pengiktirafan atas usaha DHS sejak lapan tahun lalu dalam membangun dan menyokong pembelajaran sepanjang hayat untuk belia, pekerja dan industri hospitaliti dalam meningkatkan kemahiran industri.

“Belia Malaysia dan pengamal industri harus mengembangkan kemahiran mereka pada pendekatan DHS 3H pembelajaran ‘Heart, Head & Hand’ untuk membangunkan kerjaya mereka dan bergerak ke hadapan dalam industri,” jelasnya selepas menerima anugerah tersebut.

Sepanjang melibatkan diri dalam industri hospitaliti, Dr. Sri Kumar yang juga merupakan Presiden Persatuan Hospitaliti Malaysia telah menerima pelbagai anugerah termasuk Gold Award for Tourism Academy pada tahun 2022, serta Malaysia Tourism Business Hero pada tahun 2019.

Di bawah kepimpinan berwawasan Dr. Sri Kumar, DHS telah berkembang menjadi institusi kuasa besar dengan dua anak syarikat utama yang meliputi 26 pusat khas yang setiap satunya memberi fokus kepada sektor hospitaliti.

Tiga visi transformatif iaitu pembasmian kemiskinan melalui pendidikan hospitaliti dan latihan berasaskan komuniti, promosi Serantau Hospitaliti Malaysia melalui latihan dan latihan semula yang berkaitan dengan industri di seluruh Asia dan pembangunan kerjaya yang mampan untuk belia melalui laluan yang diperakui yang menghubungkan latihan secara langsung dengan pekerjaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN