Djokovic-Sinner cetus malam blockbuster di Wimbledon

Djokovic-Sinner & Alcaraz-Fritz cetus malam blockbuster di Wimbledon

NOVAK Djokovic melakukan pukulan pukulan depan kepada pemain Itali, Flavio Cobolli semasa perlawanan suku akhir perseorangan lelaki pada Kejohanan Wimbledon 2025 di Kelab Tenis dan Croquet All England Lawn, Rabu lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seluruh tumpuan malam ini terarah ke Centre Court apabila dua pertembungan berkelas final bakal meletus dalam separuh akhir lelaki Wimbledon 2025 yang dijangka sengit dan beremosi.

Carlos Alcaraz akan membuka tirai aksi menentang Taylor Fritz pukul 8.30 malam waktu Malaysia, diikuti pertarungan epik antara Novak Djokovic dan pemain No.1 dunia, Jannik Sinner.

Djokovic, yang memburu kejuaraan Grand Slam ke-25, akan membuat penampilan separuh akhir Wimbledon ke-14, namun buat kali pertama turun sebagai ‘underdog’ di All England Club.

“Saya tahu ini bukan mudah, tapi rumput London tetap tempat terbaik untuk saya cipta sejarah,” kata Djokovic.

Sinner pula tampil dengan keyakinan tinggi selepas menyingkirkan Ben Shelton dan kini memburu final Wimbledon pertama dalam kariernya yang semakin cemerlang.

Jika berjaya, juara Terbuka Australia itu akan menjadi pemain keenam era Terbuka mara ke empat final Grand Slam berturut-turut dibantu oleh semangat balas dendam selepas dikecewakan Alcaraz di Roland Garros.

Bagi Alcaraz, segala persoalan mengenai prestasinya awal kejohanan sudah terjawab selepas memusnahkan harapan tuan rumah menerusi kemenangan meyakinkan ke atas Cameron Norrie di suku akhir.

“Saya kembali kepada rentak terbaik saya… dan saya mahu pertahankan kejuaraan ini,” kata Alcaraz.

Namun Fritz bukan lawan mudah yang mana pemain pilihan kelima dari Amerika Syarikat (AS) itu mahu cipta sejarah muncul rakyat Amerika pertama mara ke final Wimbledon sejak Andy Roddick pada 2009. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN