Buku JKAS permudah pelaburan di Melaka

Buku JKAS permudah pelaburan di Melaka

RAUF Yusoh menunjukkan Buku JKAS yang dijenamakan semula dan dilancarkan di sebuah hotel di Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kerjasama semua pihak dalam pelaburan memajukan Melaka akan dipermudah melalui Buku Garis Panduan Jawatankuasa Kerjasama Awam Swasta (JKAS).

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, buku yang dijenamakan semula itu merupakan pemudah cara untuk berurusan dengan kerajaan negeri dan digunakan sebagai panduan permulaan, teknikal dan perlaksanaan projek kerjasama awam swasta.

Katanya, JKAS yang diselaras oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) melalui Seksyen Kerjasama Awam Swasta Negeri berperanan menilai dengan lebih sistematik dan meluluskan cadangan bermula daripada semakan awal, penilaian menyeluruh sehingga pemantauan pasca pelaksanaan.

“Buku berkenaan yang dulunya dikenali Jawatankuasa Penswastaan Negeri ditambah baik agar lebih mesra pelabur, responsif terhadap keperluan semasa dan selari dengan dasar pembangunan negeri, dasar persekutuan serta prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

“Saya mahu Buku JKAS ini menjadi dokumen rujukan utama yang bukan sahaja bersifat teknikal, tetapi turut mencerminkan aspirasi pembangunan negeri iaitu pantas, telus dan berimpak tinggi.

“Saya sendiri akan memantau secara dekat keberkesanan JKAS dari semasa ke semasa bagi memastikan setiap cadangan yang diluluskan benar-benar menyumbang kepada kemajuan negeri dan kesejahteraan masyarakat,” katanya selepas Majlis Pelancaran JKAS di sini, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN