MONTREAL: Pemain tenis Kanada, Eugenie Bouchard memberi harapan baharu kepada penyokongnya apabila menewaskan Emiliana Arango 6-4, 2-6, 6-2 dalam pusingan pertama Terbuka Kanada, pagi tadi.
Kemenangan itu bukan sahaja melonjakkan Bouchard ke pusingan kedua, malah menangguhkan rancangannya untuk bersara daripada tenis selepas kejohanan ini.
“Kalau saya menang kejohanan ini, saya tidak akan bersara,” kata Bouchard.
Bouchard, yang hanya bermain perlawanan perseorangan keduanya tahun ini, bermula garang dengan pukulan depan padu sebelum Arango bangkit di set kedua.
Namun Bouchard bangkit semula dalam set penentuan apabila mematahkan servis lawan untuk mendahului 3-1 dan menggandakan kelebihan menerusi voli kilas bertenaga.
Pemain pilihan tuan rumah itu kemudian menutup perlawanan dengan meletakkan tangan di kepala dan dada, menzahirkan kelegaan serta emosi penuh makna.
Kemenangan tersebut menyaksikan Bouchard, 31, bakal bertemu pilihan ke-17 dari Switzerland, Belinda Bencic di pusingan kedua.
Dalam aksi lain, Emma Raducanu, Naomi Osaka dan Adam Walton turut mencatat kemenangan manakala beberapa nama besar seperti Aryna Sabalenka dan Carlos Alcaraz menarik diri sebelum kejohanan. – AGENSI