ROM: Elisa Longo Borghini mempertahankan kejuaraan Giro d’Italia Wanita buat tahun kedua berturut-turut selepas menamatkan saingan keseluruhan dengan kelebihan 18 saat ke atas Marlen Reusser dari Switzerland, malam tadi.
Pelumba Itali berusia 33 tahun itu sekadar menamatkan peringkat kelapan di tempat keempat, namun ia sudah cukup untuk mengekalkan jersi merah jambu yang disarung sejak peringkat ketujuh.
Peringkat terakhir sejauh 134 kilometer dari Forli ke Imola dimenangi Liane Lippert dari Jerman yang mengatasi Anna van der Breggen dan Reusser dalam pecutan ke garisan penamat.
Sarah Gigante dari Australia pula melengkapkan podium keseluruhan selepas ketinggalan satu minit 11 saat di belakang Longo Borghini.
Kemenangan itu menyaksikan Longo Borghini terus mengukuhkan status sebagai pelumba wanita terbaik Itali ketika ini. – AGENSI