Bingkai Kasih UMT bantu 36 pelajar

Bingkai Kasih UMT bantu 36 pelajar

MOHD. Izani Mohd Zain (tengah) menyantuni penerima bantuan Bingkas Kasih UMT dalam Majlis Jalinan Mesra Pelajar di Kuala Nerus baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) baru-baru ini memberi bantuan Bingkai Kasih iaitu bayaran awal yuran pengajian kepada 36 pelajar baharu sesi 2025/2026 dalam satu majlis di kampus universiti berkenaan di Kuala Nerus, Terengganu.

Bantuan Bingkai Kasih tersebut diberi kepada pelajar Asasi bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan Diploma Perikanan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berupa bayaran awal yuran pengajian sebanyak RM200 setiap seorang.

Pemberian bantuan tersebut membuktikan UMT komited memperkukuhkan dasar inklusif dalam memastikan akses pendidikan tinggi yang saksama untuk semua lapisan masyarakat, khususnya pelajar daripada golongan B40.

Inisiatif ‘Bingkai Kasih’ membantu meringankan beban pelajar semasa meneruskan pengajian.

Sesi penyampaian bantuan kepada pelajar tersebut telah disempurnakan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Dr. Mohd Izani Mohd Zain di UMTCC sempena Slot Mahasiswa Idaman dan Kehidupan Kampus dalam Program Minggu Jalinan Mesra.

Mohd Izani berkata , bantuan ini bukan sekadar sumbangan kewangan, tetapi juga satu bentuk motivasi awal buat pelajar agar terus cekal dan bersemangat dalam meneruskan pengajian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN