SUNGAI PETANI: Seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan ditemukan tanpa pakaian serta tidak berlapik di atas tanah berbatu di kawasan bahu jalan di Taman Cempaka Indah, Bukit Selambau, di sini semalam. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, polis menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan mengenai penemuan bayi itu pada pukul 9.55 pagi. Katanya, tangisan kuat bayi berkenaan didengari orang awam yang sedang menjemur pakaian lalu…