Barcelona beli bintang muda dari Copenhagen

Barcelona beli bintang muda dari Copenhagen

ROONY Bardghji menandatangani kontrak selama empat tahun sehingga 2029 bersama Barcelona. - IHSAN FC BARCELONA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA: Juara La Liga, Barcelona mengumumkan pembelian pemain sayap kanan muda, Roony Bardghji dari kelab Denmark, FC Copenhagen, hari ini.

Menerusi kenyataan rasmi kelab, pemain berusia 19 tahun itu menandatangani kontrak selama empat tahun sehingga 30 Jun 2029, menurut kenyataan rasmi kelab.

Media Sepanyol melaporkan nilai perpindahan pemain sayap Sweden Bawah 21 tahun (B-21) itu mencecah sekitar 2.5 juta Euro (RM12.4 juta).

Sepanjang bersama pasukan utama Copenhagen sejak musim 2021/2022, Bardghji telah menjaringkan 15 gol dalam 84 penampilan.

Namun kariernya terganggu selepas mengalami kecederaan lutut serius pada Mei 2024 yang memaksanya berehat hampir setahun.

Beliau kembali beraksi pada Mac lalu dan kini menjadi pembelian kedua Barcelona musim ini selepas penjaga gol Joan Garcia dari Espanyol.

Bardghji dijangka menyertai skuad pra-musim sebelum Hansi Flick membuat keputusan sama ada dia kekal dalam skuad utama.

Kehadirannya dilihat sebagai pelaburan jangka panjang Barca yang mahu menambah kelajuan dan kreativiti di bahagian sayap. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN