SERAMAI 50 pelajar sekolah rendah dan menengah di negeri Kedah dan Pulau Pinang menyertai pertandingan mewarna dan melukis sempena Program Semarak Seni Visual Kedah 2025 yang diadakan di Village Mall, Sungai Petani, Kedah baru-baru ini. Pertandingan tersebut dianjurkan Angkatan Pelukis Kedah (APK) bertema ‘Saya Sayang Malaysia’.
Setiausaha APK, Murni Maliki berkata, aktiviti diadakan itu menarik minat pelajar sekolah rendah dan menengah dalam kerja mewarna dan melukis.
Tempat pertama pertandingan mewarna di menangi oleh Intan Adriana Syafiqah Mohd. Shafiq, 11, daripada Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Ahmad Tajudin dari Jitra, Kedah. Tempat kedua Nur Zara Zuraidi, 12, daripada SK
Mengkuang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan ketiga, Nur Auddra Mikayla Amar, 11, dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Perkampungan Berapit, Pulau Pinang. Hadiah disampaikan oleh Yang Dipertua APK, Mohd Yusoff Sahab.
Murni berkata, pengunjung juga berpeluang melihat ahli APK menjalankan aktiviti mewarna, lukisan inai, demo lukisan, tempahan potret dan lain-lain lagi dalam program tersebut. – UTUSAN