PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran dan kenaikan pangkat 23 pegawai kanannya berkuat kuasa 18 Ogos ini.
Menerusi senarai yang dikeluarkan, lima pegawai kanan berpangkat Deputi Komisioner (DCP) dinaikkan pangkat kepada Komisioner (CP), sekali gus dilantik sebagai Ketua Polis Negeri yang baharu.
Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Kamaruzaman Abdullah berkata, mendahului senarai pertukaran tersebut iaitu Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Azizee Ismail yang dilantik sebagai Ketua Polis Pulau Pinang.
Pertukaran lain ialah Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, Datuk Shazeli Kahar sebagai Ketua Polis Selangor, menggantikan Datuk Hussein Omar Khan yang dilantik Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman.
Jelasnya, Timbalan Pengarah Risikan/Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fadil Marsus pula dilantik Ketua Polis Kuala Lumpur.
“Manakala Timbalan Ketua Polis Kedah Adzli Abu Shah, dilantik sebagai Ketua Polis Kedah dan Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan) Bukit Aman, Ab Rahaman Arsad dilantik sebagai Ketua Polis Johor,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, 18 pegawai kanan lain yang bertukar iaitu Ketua Lesen Pasukan Urus Setia KPN (Lesen Senjata Api) Bukit Aman, Datuk Md Nazri Zawawi dilantik Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/ Perjawatan) Bukit Aman dengan memangku pangkat Deputi Komisioner (DCP).
Selain itu, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, Datuk Mohd Sukri Kaman dilantik Timbalan Pengarah Risikan/ Operasi Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman dengan memangku pangkat DCP.
“Komander Briged Sarawak, Pasukan Gerakan Am Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Che Ghazali Che Awang pula bertukar ke Komandan Maktab PDRM, Kuala Lumpur dengan memangku pangkat DCP.
“Manakala, Timbalan Ketua Polis Perlis, SAC Baderulhisham Baharudin dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Kedah dengan memangku pangkat DCP,” katanya.
Turut terlibat dalam pertukaran tersebut ialah Ketua Cawangan Khas Sarawak, Mohd Taufik Toh Abdullah dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah E6, Cawangan Khas Bukit Aman dengan memangku pangkat DCP.
“Ketua Jabatan Pengurusan Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner (SAC) Suffian Sulaiman dilantik Timbalan Ketua Polis Terengganu; diikuti Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Siasatan/ Perundangan Sarawak, ACP Lim Bak Phai kepada Komander Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, dengan memangku pangkat SAC.
“Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Kedah, ACP Mohd Ismail Ibrahim dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Perlis dengan memangku pangkat SAC,” katanyanya.
Dalam pada itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor, ACP Mohd Afzanizam Yahaya dilantik Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Risikan/ Perhubungan Antarabangsa) Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC.
SENARAI LAIN:
– Ketua Urus Setia/ Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, ACP Marvin Tan Seng Kian bertukar kepada Ketua Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Pemalsuan / Pelaburan Bersindiket) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, memangku pangkat SAC.
– Penolong Pengarah Latihan (Peperiksaan/ Kompetensi) Bahagian Latihan Jabatan Pengurusan Bukit Aman, ACP S. Batumalai R. Suppiah dilantik SAC (Peperiksaan/ Kompetensi) Bahagian Latihan Bukit Aman, memangku pangkat SAC.
– Penolong Pengarah Operasi Pencegahan (Analisa Pendataan) Cawangan Operasi Pencegahan/ Koordinasi Sumber Sokongan Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, ACP Hoo Chang Hook dilantik Ketua Polis Daerah Brickfields Kuala Lumpur.
– Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Superintenden Mohamad Alpiyang Ali dilantik Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor, memangku pangkat ACP.
– Penolong Ketua Urus Setia (Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Superintenden Azahar Abu Bakar dilantik Ketua Urus Setia/ Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, memangku pangkat ACP.
– Ketua Unit Siasatan Jenayah Korporat Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Superitenden Mohd Zaini Othman dilantik Penolong Pengarah (Risikan/ Operasi) Bahagian Pematuhan Standard Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, memangku pangkat ACP.
– Insp/ASP/DSP/ Superintenden Seksyen Penerbangan Helikopter Aw 139 (5) Pasukan Gerakan Udara Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Pangkalan Semenanjung, Superintenden Ras Nazrin Shah Abdullah dilantik Komander Pasukan Gerakan Udara Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Pangkalan Sabah, memangku pangkat ACP.
– Pegawai Turus Pembangunan/ Implementasi Unit Teknologi Maklumat Cawangan Telekomunikasi dan Sistem Maklumat Bahagian Teknikal/ Operasi Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Superintenden Norshahidah Anuwar dilantik Penolong Pengarah (Teknologi Maklumat) Cawangan Telekomunikasi dan Sistem Maklumat Bahagian Teknikal/ Operasi Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, memangku pangkat ACP.
– Timbalan Komandan (Urus Tadbir/ Kepolisan Am) Pulapol Kuala Lumpur, Razali Mohammed Shahid dilantik Penolong Pengarah Latihan (Urus Tadbir/ Latihan) Bahagian Latihan Jabatan Pengurusan Bukit Aman, memangku pangkat ACP. – UTUSAN








