Wanita warga emas alami kemurungan hilang sejak empat hari lalu

Wanita warga emas alami kemurungan hilang sejak empat hari lalu

NORMAH WATEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Seorang wanita warga emas dilaporkan hilang sejak empat hari lalu selepas dia dipercayai keluar dari rumahnya di Kampung Tembak B, Mukim Teloi Kanan, Kuala Ketil di sini.

Normah Wateh, 60, yang mengalami masalah kesihatan termasuk kemurungan dan Skizofrenia cuba dicari anak-anaknya di sekitar rumah mereka sebaik menyedari kehilangan wanita itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan pihaknya bersama polis dan agensi menyelamat lain setelah menerima panggilan berhubung kes itu pagi ini.

“SAR dilakukan secara menyeluruh di kawasan darat termasuk di kebun getah dan ladang kelapa sawit serta diperluaskan kira-kira lima kilometer radius dari rumah mangsa. 

“Berdasarkan maklumat wanita itu sudah beberapa kali hilang sebelum ini dan agak mustahil dia menuju ke arah sungai yang berada jauh dari kawasan ini,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, pencarian melibatan 51 pegawai dan anggota polis, bomba, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta bantuan penduduk kampung itu turut disertai unit anjing pengesan (K-9) Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Zulkhairi berkata, operasi akan diteruskan meskipun pasukan SAR berdepan cabaran liputan telekomunikasi yang terhad di kawasan pencarian selain laluan yang sempit dan jauh dari jalan utama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN