UTM perkasa pelajar B40 melalui inisiatif KTP Nexus

UTM perkasa pelajar B40 melalui inisiatif KTP Nexus

Rosli Md. Illias (duduk tengah) bergambar bersama pelajar lima buah sekolah yang mengikuti program KTP Nexus di Auditorium Institut Pembangunan Bioproduk (IBD), UTM, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Universiti Teknologi Malay­sia (UTM) melalui Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN) membantu golongan pelajar B40 untuk meningkatkan akademik, sahsiah, psikologi, dan kerohanian mereka menerusi Program Pemindahan Ilmu (KTP) Nexus.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTM, Prof. Dr. Rosli Md. ­Illias berkata, program tersebut diadakan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ).

Menurut beliau, program tersebut melibatkan pelajar B40 daripada lima buah sekolah iaitu Sekolah Mene­ngah Kebangsaan (SMK) Taman Universiti; SMK Taman Universiti 2; SMK Mutiara Rini; SMK Taman Desa Skudai dan SMK Skudai.

“Setiap pelajar ­menjalani proses pemprofilan menye­lu­ruh merangkumi latar be­lakang sosioekonomi, pen­ca­­paian akademik, kokuriku­lum, dan saringan psikologi bagi memastikan bimbingan diberikan secara bersasar.

“KTP Nexus bukan sekadar tanggungjawab sosial korporat, tetapi manifestasi komitmen UTM bagi menyahut seruan Kementerian Pendidikan Tinggi dalam membentuk ekosistem pendidikan yang adil dan menyeluruh,” kata­nya.

Beliau menyatakan demi­kian selepas menghadiri program KTP Nexus: Memperkasa Pendidikan dan Sahsiah Remaja di Auditorium Institut Pembangunan Bioproduk (IBD), UTM, baru-baru ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN