Sultan Brunei dibenar keluar IJN, perlu berehat di KL sebelum berangkat pulang

Sultan Brunei dibenar keluar IJN, perlu berehat di KL sebelum berangkat pulang

SULTAN HASSANAL BOLKIAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) semalam selepas menerima rawatan sejak Selasa lalu.

Bagaimanapun, baginda dinasihati untuk berehat beberapa hari lagi sebelum berangkat pulang ke Brunei Darussalam.

Jabatan Perdana Menteri (JPM) Brunei memaklumkan baginda kini bersemayam di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

“Pakar perubatan telah menasihatkan baginda berehat beberapa hari lagi sebelum berangkat balik ke Brunei Darussalam,” katanya dalam kenyataan itu.

Media sebelum ini melaporkan, Sultan Hassanal Bolkiah dimasukkan ke IJN selepas mengadu keletihan dan mengambil keputusan untuk berehat di sana sejak 27 Mei lalu.

Disebabkan itu, baginda juga tidak kelihatan dan hadir pada Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC)-China termasuk Majlis Santapan Diraja di Istana Negara.

Sultan Hassanal Bolkiah, tiba di Malaysia pada 25 Mei lalu untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan Sidang Kemuncak Berkaitan yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 26 dan 27 Mei. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN