Sheqal sempat jumpa ibu sebelum pergi selamanya

Sheqal sempat jumpa ibu sebelum pergi selamanya

JENAZAH Sheqal dibawa ke kampung halamannya di Kampung Tanjung Putus, Dong di Raub, Pahang selepas dimandi, dikafan dan disolatkan di Masjid Tuanku Jaafar, Seremban hari ini. - UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Penyanyi Sheqal atau nama sebenarnya Shaharim Salehuddin, 60, sempat berjumpa dengan ibunya sebelum meninggal dunia.

Menurut isteri Allahyarham, Normah Mohd. Yusoff, 58, suaminya sempat berjumpa dengan ibunya antara dua ke tiga hari sebelum meninggal dunia.

“Walaupun ditidurkan, arwah seperti mahu bangun apabila ibunya datang melawat abang Sheqal di hospital,” katanya ketika ditemui di Masjid Taman Tuanku Jaafar, Senawang di sini hari ini.

Terdahulu, jenazah Sheqal dimandikan dan dikafankan di masjid tersebut dan bergerak ke kampung halaman arwah di Kampung Tanjung Putus, Dong di Raub, Pahang pada pukul 3.25 petang tadi  dan dikebumikan di sana.

Dalam pada itu, Normah menyifatkan pemergian Sheqal sebagai kematian husnul khatimah apabila beliau menghembuskan nafas terakhir dengan tenang di samping isteri dan anak-anaknya di wad Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban.

“Dah sampai waktu dia, akak redha dan ikhlas  tiada lagi kesakitan yang ditanggung arwah yang menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang dan angin ahmar.

“Sebelum meninggal, arwah tidak menunjukkan dia nazak sebaliknya hanya semput doktor pun kata Masya Allah, Allahuakhbar dia pergi macam tiada ‘sakit’, saya juga sempat mengajar arwah mengucap,” katanya.

Jelas Normah, hasrat arwah Sheqal untuk pulang berkarya ke kampung halamannya juga tidak kesampaian apabila dia pulang sebagai jenazah apabila keluarga berhasrat untuk mengebumikan arwah di sana.

Sebelum ini, Sheqal merupakan penyanyi yang popular dengan genre muzik nusantara dan pop tradisional sekitar era 90-an dimasukkan ke HTJ pada 4 Jun dan ditidurkan pada 6 Jun lalu akibat jangkitan kuman dalam paru-paru, sebelum ini dia berdepan dengan masalah kesihatan termasuk diserang angin ahmar sebanyak empat kali sejak 2020.

Penyanyi lagu Cinta Nusantara ini turut menghidap penyakit buah pinggang tahap empat dan kini menggunakan kerusi roda.

Sepanjang hayatnya, Sheqal berkahwin dengan bekas isteri, pelakon Raja Ema dan dikurniakan dua anak lelaki iaitu Putera Ammar dan Putera Al Kasyah, manakala perkahwinan dengan Normah dikurniakan sepasang anak iaitu Muhammad Fatullah Shaharim, 21, dan Ummu Hani Shaharim, 20. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN