Seorang maut, dua cedera nahas di Machang - Utusan Malaysia

Seorang maut, dua cedera nahas di Machang

KEADAAN kereta yang terlibat dalam kemalangan dua buah kenderaan di Jalan Machang - Kuala Krai berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Samad,Machang, Kelantan. - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MACHANG: Seorang lelaki maut manakala dua lagi parah dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di Jalan Machang – Kuala Krai, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Samad, di sini, hari ini’

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Mohd. Suhaimi Razali berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada pukul 12.25 tengah malam dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Machang digerakkan ke lokasi..

“Sebaik sahaja tiba di lokasi pada pukul 12.43 tengah malam, pasukan bomba mendapati kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda Accord dan Perodua Axia yang bertembung dari arah bertentangan.

“Pemandu Honda Accord disahkan maut di tempat kejadian selepas tersepit di tempat duduk pemandu. Pemandu dan penumpang Perodua Axia turut tersepit dan mengalami kecederaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Suhaimi berkata, pasukan bomba menggunakan peralatan khas Power Unit Rescue Tool untuk mengeluarkan semua mangsa yang tersepit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN