Sambutan Aidiladha: Keluarga Diraja Johor kurnia 230 lembu korban

Sambutan Aidiladha: Keluarga Diraja Johor kurnia 230 lembu korban

ONN Hafiz Ghazi (baris belakang, empat dari kanan) hadir pada proses pelaksanaan ibadah korban melibatkan sebahagian daripada 230 ekor lembu dikurniakan Keluarga Diraja Johor sempena Aidiladha tahun ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Keluarga Diraja Johor mengurniakan sebanyak 230 ekor lembu untuk ibadah korban kepada golongan memerlukan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz berkata, kurniaan itu bukan sahaja bertujuan meringankan beban penerima tetapi turut menyemai perasaan kasih dan sayang sesama masyarakat.

“Menjunjung setinggi-tinggi kasih atas limpah perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail, serta seluruh Keluarga Diraja Johor atas kurniaan sebanyak 230 ekor lembu korban kepada rakyat Johor, khususnya kepada golongan yang memerlukan, sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha.

“Patik serta seluruh rakyat jelata sentiasa mendoakan semoga Tuanku sekeluarga sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah, dikurniakan kesihatan berpanjangan, dipanjangkan usia serta terus memimpin Johor Darul Ta’zim dan Malaysia dengan penuh kebijaksanaan, keamanan dan kemakmuran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Onn Hafiz, sumbangan tersebut merupakan sebahagian semangat Aidiladha iaitu memperkukuh silaturahim dan menyalurkan kebajikan kepada golongan memerlukan.

Beliau turut memberitahu Aidiladha bukan sekadar perayaan sebaliknya adalah detik bermuhasabah tentang keikhlasan berkorban, kekuatan bersabar dan semangat untuk terus menyatukan ummah demi kebaikan bersama.

“Semoga Aidiladha ini menjadi pemangkin kepada perpaduan dan pengukuhan nilai-nilai murni dalam kalangan seluruh rakyat Johor untuk terus memajukan negeri ini,” tambahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN