Rakyat Malaysia meninggal dunia ketika menyelam di Aceh

Rakyat Malaysia meninggal dunia ketika menyelam di Aceh

LELAKI berumur 33 tahun yang meninggal dunia semasa aktiviti menyelam di kawasan perairan Iboih di Kota Sabang, Aceh, Indonesia, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang rakyat Malaysia dilaporkan meninggal dunia ketika menjalani aktiviti menyelam di kawasan perairan Iboih di Kota Sabang, Aceh, Indonesia, semalam.

Difahamkan kejadian berlaku kira-kira 9.30 pagi waktu tempatan semasa lelaki berusia 33 tahun berkenaan bersama dua rakan juga rakyat Malaysia serta ditemani seorang jurulatih menyelam di lokasi kejadian.

Memetik portal Berita Rakyat Aceh, polis Indonesia yang menerima laporan mengenai kejadian bergegas ke lokasi untuk tindakan lanjut.

Menurut laporan itu, selepas menyelam 20 minit pada kedalaman 30 meter kumpulan penyelam terbabit dihanyutkan arus bawah laut.

Mangsa dikatakan cuba naik mengikut arahan jurulatih namun sebaik tiba di permukaan laut, mangsa tidak sedarkan diri dan usaha menyelamat mangsa dilakukan segera dengan menggunakan bot laju ke Pantai Iboih.

Rakan mangsa bersama jurulatih sempat memberikan bantuan pernafasan (CPR) sebelum mangsa dibawa ke klinik berhampiran dengan menaiki kereta.

Setibanya di klinik pada 10.30 pagi (waktu tempatan), pihak perubatan memberikan rawatan segera namun mangsa disahkan meninggal dunia.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kota Sabang untuk proses bedah siasat.

Jenazah diuruskan rakan mangsa dengan bantuan pihak berwajib dan dijangka dibawa pulang ke Malaysia apabila selesai proses bedah siasat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN