PJS gesa Persatuan Ping Pong Selangor selesai secara dalaman

PJS gesa Persatuan Ping Pong Selangor selesai secara dalaman

NAIB Presiden Ping Pong Selangor, Datuk Paul Lee Kok Sun (kiri) bersama Setiausaha Kehormatnya, Lim Kian Aik selepas menghantar aduan rasmi kepada Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS) di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS), Suhardi Alias meminta Persatuan Ping Pong Selangor menyelesaikan isu dalaman mengikut saluran yang betul sebelum merujuk kepada pihaknya.

Suhardi berkata sekiranya terdapat pencanggahan dalaman di antara persatuan mereka perlulah menyelesaikannya mengikut akta Pembangunan Sukan di bawah Seksyen 23.

“Seksyen 23 Akta Pembangunan Sukan berbunyi, tiap-tiap badan hendaklah menyelesaikan apa-apa pertikaian yang timbul dalam kalangan anggotanya atau dengan jawatankuasa atau badan pengelolanya mengikut tatacara dalaman yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan.

“Selepas tatacara dalaman ini diselesaikan, ada pihak yang masih lagi terkilan dengan keputusan jawatankuasa siasatan dalaman itu maka mereka boleh mengemukakan aduan kepada badan induk.

“Jika perkara ini masih mengakibatkan pihak mengadu terkilan mereka boleh membuat aduan kepada peringkat seterusnya jika mereka ahli kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM),” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Persatuan Ping Pong Selangor menuntut penjelasan daripada PJS berikutan pihaknya tidak menerima sebarang maklum balas terhadap aduan rasmi yang telah dihantar sebanyak tujuh kali menerusi emel sejak 7 Mei lalu.

Ini kerana Setiausaha Kehormat Persatuan Ping Pong Selangor, Lim Kian Aik mendakwa terdapat lapan individu telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) dan melantik kepimpinan baharu tanpa kehadiran jawatankuasa sedia ada.

Kian Aik berkata AGM yang diadakan pada 3 Mei itu sepatutnya telah dibatalkan namun ia tetap dijalankan pada tarikh itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN