SERAMAI 50 bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jerantut (SMK), Jerantut Pahang (sesi 1974-1978) menghadiri sambutan alumni kali ke-7 mereka di D’Laman Qaseh, bandar Jerantut, baru-baru ini.
Aktiviti istimewa itu turut dimeriahkan dengan majlis jamuan tengah hari dan nyanyian karaoke oleh peserta berbakat dalam kalangan anggota alumni sekolah berkenaan.
Turut diadakan majlis tahlil serta doa selamat untuk anggota alumi SMJ masih hidup, sedang uzur dan yang telah meninggal dunia.
Pengerusi ahli jawatankuasa sambutan majlis itu, Johari Bapo Kutty, berkata, kehadiran alumni SMK bukan sahaja dapat mengukuhkan silaturahim dalam kalangan peserta, malah mengembalikan memori pahit manis alam persekolahan dalam ucapan ringkas mereka di pentas. – UTUSAN