Bermula dengan warung kecil bagi menambah pendapatan keluarga, pasangan suami isteri, Dasle Asrab Mokhtar, 51, dan Ratni Jumin, 53, kini boleh berbangga apabila perniagaan mereka menjadi tumpuan wajib pelancong dan pengunjung tempatan yang mencari sajian unik Rembau, Negeri Sembilan. Menu ikonik mereka di warung Mee Kari Udang Galah Route N9, yang terletak di tepi Jalan Pedas-Linggi kira-kira 300 meter dari susur keluar Tol Pedas/Linggi, telah diusahakan sejak tahun 2003 dan kini menjadi antara killer menu di kawasan itu. Menurut Dasle Asrab, idea menghasilkan mi kari berasaskan udang galah tercetus apabila…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya