MA sasar perbaiki pencapaian Sukan SEA 2023

MA sasar perbaiki pencapaian Sukan SEA 2023

PRESIDEN Olahraga Malaysia, Datuk Seri Shahidan Kassim (tengah) ketika mengadakan sidang media di sini hari ini. UTUSAN/M. FIRDAUS M. JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Olahraga Malaysia (MA) menetapkan sasaran untuk mengatasi lebih daripada lima pingat emas dalam Sukan SEA 2025 yang akan berlangsung di Thailand pada Disember ini.

Presiden MA, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, sasaran itu dibuat bagi mengatasi pencapaian yang dilakukan oleh kem olahraga negara yang sebelum ini membawa pulang lima emas pada Sukan SEA 2023 di Kemboja.

“Menteri akan bercakap bagi pihak semua sukan di Malaysia termasuk daripada MA, dalam mesyuarat kita sudah membincangkan tentang sasaran.

“Kalau kita dapat kurang (berbanding pencapaian edisi sebelum ini), ini sesuatu yang tidak wajar. Sebagai presiden dan ahli jawatankuasa yang lain, kami menetapkan satu matlamat kita kena capai kalau tak capai buat apa kami pegang jawatan ini,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Dalam pada itu, Shahidan turut memaklumkan seramai 10 atlet negara akan bertanding ke temasya dwitahunan itu dalam kategori A manakala 20 lagi, kategori B.

“Kategori A ini dikira setiap atlet itu berada dalam kedudukan tiga terbaik di rantau ASEAN. Kategori A dibiayai oleh MSN (Majlis Sukan Negara) manakala kategori B ditanggung oleh MA di mana semua atlet itu dalam kedudukan enam teratas,” katanya.

Antara 10 atlet yang berada di bawah kategori A adalah Muhammad Azeem Fahmi yang beraksi dalam acara 100 meter (m), Umar Osman (400m), Irfan Shamsuddin (lempar cakera), Shereen Samson Vallabouy (400m) dan Grace Wong (tukul besi).

Shahidan turut menambah pelantikan enam jurulatih baharu olahraga iaitu Andrew Lulham, Jorge Luis Alfaro Quinones, Yunaika Crawford Rojer, Muhammad Hakimi Ismail, Mohd Robani Hassan dan Lo Choon Sieng telah mendapat kelulusan daripada MSN. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN