Jepun 'ganyang' Indonesia 6-0

Jepun ‘ganyang’ Indonesia 6-0

INDONESIA gagal menandingi Jepun pada aksi Kumpulan C Kelayakan Piala Dunia 2026.-IHSAN ASEAN FOOTBALL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Indonesia gagal meneruskan rentak kemenangan apabila dibelasah Jepun 6-0 pada aksi Kumpulan C Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026, sebentar tadi.

Keputusan itu menyaksikan momentum kemenangan ketika menewaskan China 1-0 di Stadium Gelora Bung Karno pada Khamis lalu dihentikan Jepun sekali gus memberi kekalahan keempat buat Indonesia daripada 10 perlawanan diharungi.

Pada aksi di Stadium Suita City, Jepun hanya memerlukan 15 minit untuk merobek gawang Indonesia menerusi ledakan Daichi Kamada, sebelum Takefusa Kubo menggandakan jaringan empat minit kemudian.

Kamada sekali lagi menemui sentuhan gol pada penghujung babak pertama untuk Jepun memasuki bilik persalinan dengan kelebihan 3-0.

Bersambung babak kedua, Jepun terus menekan benteng Indonesia dan hasilkan pada minit ke-55 giliran pemain tengah, Ryoya Morishita mencetak nama sebagai penjaring.

Jepun menambah dua gol lagi masing-masing menerusi Shuto Machino pada minit ke-58 dan Mao Hosoya di minit ke-80.

Kemenangan itu meletakkan Jepun menerajui kedudukan teratas Kumpulan C dengan 23 mata.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN