Isu rasuah tidak jejaskan pentadbiran kerajaan Sabah - Hajiji

Isu rasuah tidak jejaskan pentadbiran kerajaan Sabah – Hajiji

HAJIJI Noor mendukung kanak-kanak ketika melawat mangsa kebakaran sambil diiringi Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Isu rasuah lesen perlombongan mineral di Sabah tidak akan menjejaskan pentadbiran kerajaan negeri.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, proses undang-undang mesti dihormati dan kerajaan negeri menyerahkan kepada pihak berwajib untuk mengambil tindakan sewajarnya.

“Isu ini tidak memberi kesan kepada kerajaan negeri. Apapun, kita menegakkan proses undang-undang dan memastikan ia berjalan sebaik mungkin.

“Biar mahkamah memutuskan sama ada mereka bersalah atau tidak. Ada ruang untuk mereka membersihkan nama mereka,” katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa-mangsa kebakaran di Dewan Sri Putatan, di sini hari ini.

Sementara itu, bercakap mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN), Hajiji bagaimanapun menggesa pihak lain agar tidak terlalu memikirkan bila Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah akan dibubarkan.

“Biar saya yang akan memikirkan dan menentukan tarikh pembubaran tersebut sebagai Ketua Menteri Sabah.

“Tetapi yang pasti kita akan adakan pilihan raya tidak lama lagi. Jadi, tunggu pengumumannya. Kita serah balik kepada rakyat untuk memutuskan siapa kerajaan yang mereka mahu,” katanya.

Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menambah bahawa perbincangan awal telah diadakan di antara GRS dan Pakatan Harapan (PH) bagi kerjasama Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Katanya, hal ini akan dimuktamadkan dalam masa terdekat sebelum pembubaran DUN Sabah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN