Harimau Malaya kuasai babak pertama berdepan Vietnam, 0-0

Harimau Malaya kuasai babak pertama berdepan Vietnam, 0-0

ARIF Aiman Hanapi cuba melepasi pertahanan Vietnam pada aksi Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.-IHSAN MALAYSIA NT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pertembungan Malaysia dan Vietnam menyaksikan kedudukan masih terikat 0-0 pada aksi kedua Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Begitupun, secara keseluruhan skuad Harimau Malaya menguasai hampir keseluruhan permainan dengan memberi tekanan berterusan kepada pertahanan skuad Naga Emas.

Malaysia hampir membuka tirai jaringan pada minit ke-36 namun rembatan Dion Cools sekadar menggegar tiang kiri pintu gol dikawal, Nguyen Filip.

Harimau Malaya sekali lagi hadir menguji Filip, kali ini menerusi tandukan Joao Figueiredo namun dinafikan pemain darah campuran Republik Czech-Vietnam itu empat minit kemudian.

Dua minit sebelum babak pertama berakhir, Arif Aiman Hanapi memiliki peluang keemasan untuk mencetak nama sebagai penjaring namun keputusannya untuk melakukan lambungan ketika berdepan situasi satu lawan satu dengan Filip sekali lagi ditepis keluar oleh penjaga gol Vietnam itu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN