Harga minyak RON95 kekal

Harga minyak RON95 kekal

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan tidak akan menaikkan harga petrol RON95 susulan ketegangan antara Iran-Israel ketika ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun harga minyak dunia ketika ini meningkat mendadak, kerajaan mengambil keputusan itu selepas meneliti kesannya kepada rakyat dan ekonomi negara.

“Minyak ini harganya naik turun. Sekarang ini keadaannya (harga global) agak rendah, tetapi bila naik, ia naik mendadak. 

“Namun, kerajaan tidak menaikkan harga minyak kerana mengambil kira kesannya kepada rakyat,” katanya ketika ditemui selepas perjumpaan dengan Kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor di Rimbunan, Medini Mall di sini, hari ini.

Harga minyak dilaporkan boleh melonjak sehingga AS$130 setong sekiranya Iran menutup Selat Hormuz.

Selat itu mengendalikan 20 peratus penghantaran minyak global dan 80 peratus perdagangan minyak serta gas asli cecair (LNG) bagi Iran, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN