KOTA BHARU: Seorang pelatih bertekad mengikuti Majlis Penyampaian Sijil Perbadanan Hal Ehwal Angkatan Tentera (Perhebat) walaupun masih dalam tempoh berpantang selepas melahirkan anak kelima, 13 hari lalu. Sarjan Siti Rozaiwani Ibrahim, 41, dari Unit 12 Kor Kesihatan Diraja (KKD) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkata, semangat luar biasa mendorongnya supaya hadir ke majlis konvokesyen buat pertama kali dalam hidupnya. Dia yang berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berkata, setelah sekian lama berkhidmat…










