Filem sains, teknologi pupuk minat bidang robotik

Filem sains, teknologi pupuk minat bidang robotik

ETHAN Ling (tengah) bersama Abrielle Siow (kiri) dan seorang lagi peserta yang menyertai Pertandingan Robot Belia Antarabangsa (IYRC) ASEAN 2025 di Kompleks Sukan EduCity, Iskandar Puteri menunjukkan robot masing-masing.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Minat menonton filem animasi berkenaan teknologi dan sains fiksyen telah melahirkan minat mendalam generasi muda kink terhadap bidang robotik.

Pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Nan Hwa dari Sitiawan, Perak, Ethan Ling, 14, memberitahu, dia telah menonton cerita genre tersebut sejak berusia kanak-kanak lagi.

“Saya memang suka menonton animasi bertemakan robot, ini kerana saya menggambarkan dunia masa depan akan kelihatan seperti itu.

“Memandangkan saya sangat berminat dengan robot, guru dan keluarga menggalakkan saya menceburi bidang robotik ketika berusia 11 tahun. Sejak itu saya banyak belajar,” katanya ketika ditemui semasa Pertandingan Robot Belia Antarabangsa (IYRC) Asean 2025 di Kompleks Sukan EduCity baru-baru ini.

Pertandingan yang berlangsung selama dua hari itu menyaksikan penyertaan seramai lebih 800 inovator muda dari tujuh negara ASEAN.

“Penggunaan robot sudah mengubah dunia, saya percaya ia dapat diluaskan lagi pada masa depan untuk manfaat manusia, “ ujarnya.

Seorang lagi peserta, Abrielle Siow, 13, dari SMK Convent Teluk Intan pula memberitahu, dia amat menyukai cabaran membina robot.

“Mempelajari cara membina dan menulis kod robotik memang menyeronokkan, “ ujarnya.

Pengerusi Penganjur IYRC ASEAN 2025, Olivia Ooi berkata, pertandingan tersebut merupakan platform meraikan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN