Epal, oren dikecualikan perluasan SST - PM

Epal, oren dikecualikan perluasan SST – PM

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Buah epal dan oren yang merupakan produk import dikecualikan daripada perluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dibincangkan dan diputuskan dalam Mesyuarat Kabinet, semalam.

“Masih ada orang mengeluh katanya orang kampung, orang miskin hendak juga makan epal.

“Dia kata ini orang dulu kata
‘an apple a day keep the doctor away’ tak betul itu, ‘a banana’ sebenarnya pasal pisang tu potasium tinggi.

“Jadi, semalam kita (putuskan) beri kelonggaran import buah-buahan memang ada sedikit cukai tetapi dikecualikan epal dan oren,” katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Projek Pembangunan Kota Madani di Presint 19 hari ini.

Pada 9 Jun lalu, kerajaan mengumumkan semakan bersasar kadar Cukai Jualan dan peluasan skop Cukai Perkhidmatan yang akan berkuat kuasa mulai 1 Julai depan.

Kadar cukai jualan kekal tidak berubah bagi barangan keperluan, manakala kadar sama ada lima atau 10 peratus akan dikenakan ke atas barangan yang tidak penting atau mengikut budi bicara.

Skop cukai perkhidmatan akan diperluaskan merangkumi enam perkhidmatan baharu seperti penyewaan atau pajakan, pembinaan, kewangan, penjagaan kesihatan swasta, pendidikan dan kecantikan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN