Djokovic tidak tergugat sorakan final UCL

Djokovic tidak tergugat sorakan final UCL

NOVAK Djokovic. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Novak Djokovic tidak berdepan masalah mara ke pusingan keempat Terbuka Perancis selepas menundukkan pemain Austria, Filip Misolic 6-3, 6-4, 6-2 dalam aksi pusingan ketiga di Court Philippe Chatrier, Paris semalam.

Juara Grand Slam 24 kali itu hanya memerlukan dua jam untuk menamatkan saingan, namun turut berkongsi tumpuan penonton dengan aksi final Liga Juara-Juara (UCL) antara Paris Saint Germain dan Inter Milan.

“Saya tak pasti sama ada waktu ini sesuai untuk saya, sebab penonton seperti lebih fokus kepada perlawanan bola.

“Saya boleh dengar setiap kali mereka bersorak bila PSG jaringkan gol dan malam ni (semalam) memang banyak kali (dengar sorakan).

“Sekarang saya dengar PSG menang 5-0, jadi itu memang keputusan luar biasa,” ” kata Djokovic.

Sementara itu, Djokovic berkata walaupun umpire beberapa kali menenangkan penonton, pemain Serbia itu tidak hilang fokus dalam misi memburu gelaran Grand Slam ke-25 apabila hanya melakukan 14 kesilapan sendiri dan menyempurnakan 33 pukulan kemenangan.

“Sembilan set berturut-turut saya menang dalam kejohanan ini dan malam ini saya bermain cukup padu bila diperlukan,” katanya.

Djokovic bakal berdepan Cameron Norrie dari Britain petang ini di pusingan keempat selepas pemain ranking ke-81 itu menewaskan rakan senegara, Jacob Fearnley, dalam aksi terdahulu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN