Boleh ambil sedikit daging korban

Boleh ambil sedikit daging korban

korban
FAUWAZ FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Boleh ambil sedikit daging korban

SOALAN
Ustaz menjelang hari raya korban ini saya mohon penjelasan bolehkah saya sebagai individu yang berkorban mengambil sedikit daging korban itu untuk makan atau tidak boleh langsung?

Ummu Ubaidah
Sentul, Kuala Lumpur.

JAWAPAN
Diharuskan mengambil bahagian korban untuk makan yang penting mesti ada bahagian itu disedekahkan atau diagihkan untuk golongan yang miskin.

Korban di luar negara

SOALAN
Bolehkah kita melakukan korban di luar negara sedangkan umat Islam dalam negeri masih ada yang memerlukan?

Ingin tahu
Petaling Jaya

JAWAPAN
Dibolehkan mengagihkan daging korban keluar negara apabila terdapat keperluan seperti di Palestin. Ini kerana ia termasuk di dalam jihad yang besar.

Korban atau aqiqah dulu?

SOALAN
Mana yang perlu saya dahulukan, semasa kecil anak saya tidak buat aqiqah. Sekarang dia sudah dewasa, adakah afdal buat aqiqah atau korban dahulu?

Zuraini
Pontian

JAWAPAN
Dalam bulan haji afdalnya adalah membuat korban kerana ia boleh dilakukan pada bulan tertentu manakala aqiqah boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja. – UTUSAN 

 

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada  [email protected]

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN