Bola EPL musim 2025/26 diperkenalkan di Malaysia

Bola EPL musim 2025/26 diperkenalkan di Malaysia

PENJAGA gol Sabah FC, Khairul Fahmi Che Mat (kiri) bergambar bersama bola rasmi Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2025/26, PUMA Orbita Ultimate PL di sini, hari ini. - IHSAN PENGANJUR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bola rasmi Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2025/26, PUMA Orbita Ultimate PL, diperkenalkan secara rasmi kepada peminat bola sepak tanah air, hari ini.

Majlis pelancaran penuh warna-warni itu berlangsung di sebuah pusat membeli-belah terkemuka di Lembah Klang yang menampilkan rekaan terkini bola perlawanan EPL.

Kemunculan edisi terbaharu itu memberi isyarat bahawa musim baharu liga paling popular dunia kini semakin hampir dan mula dirasai di Malaysia.

Dengan 12 panel seimbang dan teknologi aerodinamik, bola ini direka untuk kelajuan, kawalan dan sentuhan optimum di semua jenis permukaan padang.

Pelancaran turut diserikan dengan kehadiran bekas penjaga gol kebangsaan yang kini bersama Sabah FC, Khairul Fahmi Che Mat.

Ini merupakan kali pertama jenama Puma dipilih sebagai pembekal rasmi bola perlawanan EPL, menggantikan Nike yang menggalas tugas itu sejak tahun 2000.

Bola PUMA Orbita Ultimate PL akan mula digunakan dalam Siri Musim Panas EPL pada Julai dan aksi pembukaan musim baharu pada 16 Ogos ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN