Acosta hanya mahu Ducati

Acosta hanya mahu Ducati

PEDRO Acosta. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROM : Pedro Acosta hanya berminat untuk menyertai Ducati sekiranya meninggalkan KTM, menurut laporan Sky Italia.

Pelumba Sepanyol itu yang terikat kontrak bersama KTM hingga 2026 dikatakan semakin tidak puas hati dengan prestasi jentera semasa.

Acosta sebelum ini menamatkan Grand Prix Britain di tempat keenam dan secara terbuka meluahkan kekecewaan terhadap KTM.

“Saya bukan jenis yang sabar (terhadap KTM),” katanya dalam nada kecewa.

Menurut Sky Italia, hala tuju Acosta dijangka hanya akan diputuskan pada penghujung musim selepas KTM menjelaskan komitmen masa depan mereka dalam MotoGP.

“Dia (Acosta) tidak mahu terima sebarang pilihan lain selain Ducati,” lapor Sky Italia.

Ducati dikatakan bersedia menempatkan pelumba berusia 21 tahun itu dalam pasukan VR46 dengan jentera spesifikasi kilang, namun tempat itu kini disandang Franco Morbidelli yang sedang cemerlang.

Meskipun menerima minat luar, Acosta enggan meninggalkan KTM secara terburu-buru kerana menghormati kontraknya yang masih berjalan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN