4,220 ternakan korban di Pulau Pinang tahun ini

4,220 ternakan korban di Pulau Pinang tahun ini

SAIRA BANU MOHAMED REJAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Sebanyak 4,220 ternakan disenarai untuk disembelih bagi ibadah korban di Pulau Pinang sempena sambutan Aidiladha pada tahun ini.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pulau Pinang, Dr. Saira Banu Mohamed Rejab berkata, daripada jumlah itu, 3,363 adalah lembu, 777 kambing, 56 bebiri, 19 kerbau serta lima ekor unta.

Beliau berkata, pada masa yang sama, sebanyak 1,056 Permit Sembelihan Luar (PSL) turut dikeluarkan di seluruh negeri pada tahun ini iaitu antara tempoh 21 Mei lalu hingga semalam.

“Daripada jumlah itu, daerah Seberang Perai Tengah (SPT) menerima PSL paling tinggi iaitu sebanyak 375 diikuti oleh daerah Seberang Perai Utara (SPU) dengan 288 permit dan daerah Seberang Perai Selatan (SPS) sebanyak 170 permit.

“Dua lagi daerah iaitu Barat Daya dan Timur Laut masing-masing sebanyak 130 dan 93 permit,” katanya ketika dihubungi di sini.

Tambah beliau, kebenaran ini diberi di bawah Kaedah-Kaedah Binatang (Kawalan Penyembelihan) 2009 yang menetapkan mana-mana orang boleh memohon suatu permit untuk menyembelih dan membersihkan apa-apa binatang di mana-mana tempat selain di rumah penyembelihan diluluskan atau rumah penyembelihan dilesenkan semasa perayaan adat dan agama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN