Vine cipta kejutan di Romandie

Vine cipta kejutan di Romandie

PELUMBA Australia, Jay Vine Australia meraikan kemenangan peringkat ketiga Jelajah Romandie di Cossonay, Switzerland, hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COSSONAY: Pelumba Australia, Jay Vine muncul wira di peringkat ketiga Jelajah Romandie selepas melakukan serangan solo dramatik di kilometer terakhir.

Aksi berani Vine di Cossonay, Switzerland menyaksikan dia menamatkan perlumbaan sejauh 183.1 kilometer (km) itu dua saat lebih pantas berbanding peloton utama.

Pelumba muda Perancis, Lenny Martinez muncul kedua manakala rakan sepasukan Vine dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), Joao Goncalves melengkapkan kedudukan podium.

Juara Olimpik Paris 2024, Remco Evenepoel menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh dan kini berada di kedudukan kesembilan keseluruhan, 52 saat di belakang pendahulu.

Pelumba Perancis, Alex Baudin mengekalkan jersi kuning pendahulu selepas berjaya mengelak sebarang insiden besar dalam kelompok utama.

Esok, laluan mendaki mencabar sejauh 128.4km ke resort ski Thyon 2000 dijangka menjadi penentu sebenar perebutan kejuaraan edisi kali ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya