Tze Yong disahkan cedera lutut, perlu berehat dua minggu

Tze Yong disahkan cedera lutut, perlu berehat dua minggu

PEMAIN perseorangan negara, Ng Tze Yong mengalami kecederaan lutut ketika menentang pemain Hong Kong, Angus Ng pada aksi pusingan pertama Malaysia Masters 2025 di Axiata Arena, Bukit Jalil, semalam. - UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong ditimpa kecederaan lutut sewaktu beraksi pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Malaysia Masters di Axiata Arena, Bukit Jalil, dekat sini, semalam.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan badan induk itu, hari ini, selepas pemeriksaan perubatan dibuat, Tze Yong disahkan mengalami ketegangan pada bahagian lutut dan perlu berehat sekurang-kurangnya selama dua minggu bergantung kepada perkembangan semasa.

“BAM mendoakan proses penyembuhan Tze Yong berjalan dengan lancar dan segera sembuh,” kata kenyataan tersebut.

Pada peringkat 32 terbaik, Tze Yong mencipta kebangkitan apabila melakar kemenangan pada set pertama 22-20 sewaktu menentang Angus Ng Ka Long dari Hong Kong.

Sewaktu permainan berlangsung dalam set kedua, Tze Yong yang sedang mendahului 4-3 secara tiba-tiba hilang keseimbangan sebelum terjatuh.

Ekoran insiden tersebut, pemain berusia 25 tahun itu terpaksa mengambil keputusan menarik diri daripada pertemuan itu.

Kecederaan itu menyaksikan pemain kelahiran Johor itu terpaksa menarik diri dari Terbuka Singapura minggu depan dan Terbuka Indonesia yang dijadualkan berlangsung pada 2 hingga 8 Jun ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN