Tze Yong cedera lagi, tarik diri Malaysia Masters

Tze Yong cedera lagi, tarik diri Malaysia Masters

NG Tze Yong terpaksa menarik diri pada set kedua ketika mendahului 4-3 selepas menang set pertama menentang wakil Hong Kong, Angus Ng pada pusingan pertama Malaysia Masters 2025, hari ini. - UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Hasrat pemain perseorangan negara, Ng Tze Yong untuk melakar kebangkitan di pentas Masters Malaysia 2025 berkecai sekali lagi apabila pemain perseorangan lelaki negara itu ditimpa kecederaan yang memaksanya menarik diri dalam aksi pusingan pertama, sebentar tadi.

Tze Yong memulakan perlawanan menentang Ng Ka Long dari Hong Kong dengan penuh semangat dan berjaya menguasai set pertama 22-20, sekali gus memberi harapan besar kepada penyokong tempatan di Axiata Arena.

Namun detik malang melanda apabila dia dilihat menahan kesakitan pada lutut kanan ketika mendahului 4-3 di set kedua, sebelum membuat keputusan drastik untuk tidak meneruskan aksi.

Insiden itu menambahkan kebimbangan terhadap tahap kecergasan Tze Yong yang masih belum benar-benar pulih sepenuhnya selepas berehat panjang sebelum ini akibat kecederaan belakang yang serius.

Pada awal 2024, pemain kelahiran Johor itu pernah menjalani dua pembedahan dan terpaksa disisihkan hampir setahun daripada sebarang kejohanan selepas tercedera di Terbuka Malaysia 2024.

Dia hanya kembali beraksi bulan lalu di Kejohanan Badminton Asia (BAC) sebelum mencuba nasib di Terbuka Taiwan dan Terbuka Thailand, namun terkandas seawal pusingan pertama di kedua-dua kejohanan tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN