RHB LEKAS Highway Ride 2025 bakal disertai 7,000 peserta

RHB LEKAS Highway Ride 2025 bakal disertai 7,000 peserta

RASHID (empat dari kanan) pada majlis perasmian RHB LEKAS Highway Ride, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Acara berbasikal malam paling ikonik di Malaysia, RHB LEKAS Highway Ride kini kembali untuk edisi ulang tahun ke-10 dengan pengalaman yang dijanjikan lebih meriah dan inklusif untuk semua peringkat umur dan keupayaan yang bakal berlangsung pada 11 Oktober ini.

Acara ini akan menyaksikan LEKAS E21 Highway yang ditutup sepenuhnya bagi memenuhi kapasiti penyertaan yang telah ditingkatkan kepada lebih 7,000 peserta, susulan pengumuman tambahan slot penyertaan pada April lalu.

Sejak pertama kali dianjurkan pada 2013, acara ini telah menjadi kemuncak dalam kalendar berbasikal negara dan mencatat dua rekod dalam Malaysia Book of Records 2024 iaitu Penyertaan Terbesar dalam Perlumbaan Berbasikal Malam di Lebuhraya dan Perlumbaan Berbasikal Malam Terpanjang di Lebuhraya.

Acara ini menawarkan beberapa kategori seperti 105 kilometer (km) cabaran prestasi untuk pelumba elit, 78km untuk kayuhan peserta berpengalaman, 17km untuk peserta 17 tahun ke atas dan 12km untuk remaja berusia 10 hingga 16 tahun.

Menariknya, seramai 23 peserta setia 18 dari Malaysia dan lima dari Singapura telah menyertai setiap edisi sejak penganjuran pertama dan setiap peserta akan menerima pas istimewa berupa penyertaan percuma untuk edisi tahun ini sebagai penghargaan terhadap kesetiaan mereka.

RHB turut menawarkan ganjaran eksklusif kepada pemegang kad mereka, termasuk diskaun sehingga 50 peratus bagi 50 pendaftaran pertama (terhad kepada RM100 setiap transaksi) dan 10 peratus untuk 500 pendaftaran seterusnya (terhad kepada RM20 setiap transaksi).

Penganjuran acara ini melalui kerjasama erat antara RHB Banking Group selaku Penaja Utama dan Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), anak syarikat IJM Corporation Berhad sebagai Penaja Lokasi. Penaja lain termasuk Tokio Marine sebagai Rakan Rasmi Insurans, Institut Jantung Negara (IJN) sebagai Rakan Rasmi Perubatan, serta sokongan dari IJM Land, Dahua Technology, dan lain-lain.

Bagi di luar acara utama, pengunjung dan keluarga berpeluang menikmati suasana festival dengan persembahan kebudayaan, cabutan bertuah, gerai permainan, trak makanan, serta majlis penyampaian hadiah kepada pemenang.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN