RCB beri sokongan penuh kepada Hakim Danish

RCB beri sokongan penuh kepada Hakim Danish

HAKIM Danish kini mendahului carta kejuaraan keseluruhan bagi perlumbaan MotoGP Redbull Rookies Cup 2025.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: RCB komited untuk terus memberi sokongan penuh kepada pelumba muda berbakat negara, Hakim Danish Ramli yang kini mendahului carta kejuaraan keseluruhan bagi perlumbaan MotoGP Redbull Rookies Cup 2025.

Sebagai penaja peribadi kepada Hakim Danish, RCB amat berbangga dengan pencapaian dan dedikasi tinggi yang ditunjukkan olehnya dengan kemenangan dalam setiap perlumbaan.

Kehadiran Hakim Danish ke ibu pejabat RCB mencerminkan hubungan profesional yang cukup baik serta nilai kerjasama diantara pelumba dan penaja.

“Kami di RCB amat menghargai kesungguhan dan semangat juang yang dibawa oleh Hakim Danish. Beliau bukan sahaja menjadi inspirasi kepada pelumba muda lain, tetapi juga memberi komitmen yang baik dalam membawa jenama kami ke pentas antarabangsa.

“Kami akan terus memberikan sokongan penuh dari segi teknikal, logistik dan promosi demi membantu beliau mencapai kejayaan dimasa hadapan,” kata Marcus Leong selaku Pengurus Besar Kumpulan Pemasaran RCB.

Sebagai penaja utama, RCB melihat inisiatif ini sebagai satu platform yang cukup berharga untuk mendekati dan mengenali para pelumba muda negara.

“Harapan RCB adalah untuk membimbing mereka menjadi pelumba yang bertanggungjawab dan berkeyakinan di samping dapat memberi contoh yang baik kepada pelumba-pelumba cilik negara.

“Selain daripada peningkatan diri secara individu, RCB percaya bahawa mereka mampu menjadi ikon dalam kalangan rakan sebaya, dengan menjadi contoh teladan dalam mengamalkan budaya positif, mempelajari teknik penunggangan yang selamat, serta bergerak ke arah haluan yang profesional dan bertanggungjawab,” tambahnya.

Kepulangan Hakim Danish ke tanah air juga dilihat sebagai satu sokongan moral yang besar kepada perlumbaan FIM MiniGP dan RCB MiniMoto, yang bakal berlangsung pada 24-25 Mei ini di Litar Horizon Beranang.

Kehadirannya dijangka memberi motivasi kepada pelumba muda yang bakal beraksi, serta menunjukkan kesinambungan sokongan RCB terhadap pembangunan bakat sejak dari peringkat akar umbi.

Usaha ini selari dengan komitmen RCB untuk membangunkan komuniti permotoran yang lebih positif dan progresif.

Melalui pendekatan yang sistematik dan bimbingan berterusan, program seperti ini juga dilihat mempunyai potensi besar sebagai platform pembangunan bakat, yang akhirnya dapat melahirkan pelumba-pelumba yang mampu bersaing di peringkat lebih tinggi termasuk kejohanan dunia seperti MotoGP.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN